Sistem HR Bersepadu

Papan Pemuka, Pengurusan dan Maklumat Pekerja, Laporan, Aplikasi, Analisis HR

Berikut Adalah Penerangan Ringkas Tentang Beberapa Modul
Portal Pengambilan

HR Avenue dilengkapi dengan modul Pengambilan yang membolehkan:

  • Pentadbir untuk mengiklankan Jawatan Kosong berdasarkan Jawatan Kosong daripada modul Perancangan Tenaga Kerja / Permintaan Tenaga Kerja yang diluluskan.
  • Untuk pekerja dalaman atau pihak luar memohon pekerjaan yang diiklankan.
  • Sistem akan menyenarai pendek secara automatik calon berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk penilaian dan temu duga. Pentadbir boleh menyediakan Bank Soalan untuk penilaian dan dalam talian

Pengurusan Penggantian

Modul Pengurusan Penggantian menyediakan kemudahan untuk mengenal pasti Bakat yang berpotensi berdasarkan keputusan Penilaian Kompetensi dan disertakan dengan Kamus Kompetensi untuk kemudahan Pentadbir. Sistem HR Avenue Edisi JPA juga membenarkan kaedah penilaian kecekapan yang lain seperti penilaian Temuduga berasaskan Kompetensi dan penilaian Profil. Pentadbir Bakat boleh melihat laporan untuk senarai penyandang, bakal pengganti, tahap kesediaan mereka, penilaian prestasi dan potensi skor mereka

Pengurusan Prestasi

HR Avenue menyediakan keseluruhan kitaran Pengurusan Prestasi merangkumi pelbagai kitaran pengurusan tidak hanya terhad seperti berikut:

  • Tugasan KPI
  • Semakan KPI
  • Penilaian kecekapan
  • Latihan penentukaran (calibration exercise)
  • Pelan peningkatan prestasi
  • Kaunseling

Faedah & Elaun

Antara kemudahan yang terdapat dalam modul Faedah & Elaun adalah pentadbir dapat membuat konfigurasi kod elaun sama ada menarik KWSP, socso, cukai dan lain-lain untuk menentukan kelayakan berdasarkan gred/ skim perkhidmatan / parameter yang digunakan . HR Avenue juga menyokong permohonan elaun untuk diberikan kepada pekerja.

Tuntutan, Bayaran, Pendahuluan & Pinjaman

HR Avenue menyediakan tidak hanya terhad kepada tuntutan seperti:

  • Skim Khairat Kematian / Bantuan Pengurusan Jenazah
  • Permohonan untuk Melancong ke Luar Negara (Sebab Peribadi atau Urusan Rasmi)
  • Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
  • Subsidi Pembayaran Yuran Taska
  • Permohonan Surat Jaminan
  • Elaun Pakaian
  • Tuntutan Elaun Perjalanan Urusan Rasmi
HR Avenue juga dilengkapi dengan kemudahan Tuntutan Perjalanan, termasuk permohonan bayaran pendahuluan elaun perjalanan

Penetapan Data Organisasi

Antara proses dan persediaan yang terdapat dalam modul Penetapan Data Organisasi HR Avenue seperti:

  • Skim Perkhidmatan - Pentadbir boleh menentukan Klasifikasi Perkhidmatan, Kumpulan Perkhidmatan, Skim Perkhidmatan, Gred Gaji, Parameter Norma Penjawatan dan lain-lain.
  • Persediaan Kamus Kompetensi - Pentadbir boleh membuat konfigurasi Kumpulan Kompetensi, butiran Kompetensi, Tahap Kecekapan dan Deskriptor, Tahap
  • Diperlukan berdasarkan Gred / Skim Perkhidmatan / Nama Jawatan / Tahap Organisasi.
  • Persediaan Imbuhan - Pentadbir boleh menentukan Kod Elaun, Kawasan Bayaran Imbuhan Sara Hidup, Pusat Kos dan pemetaan Bandar, Elaun berdasarkan Gred, Elaun berdasarkan Lokasi, Elaun berdasarkan Peratus Gaji, Elaun berdasarkan Skim Perkhidmatan dan Gred.

Berikut Ialah Senarai Penuh 31 Modul Yang Tersedia:
  • Portal Pengambilan

  • Maklumat Umum dan Dasar Sumber Manusia

  • Modul Kendiri bagi Pegawai dan Pentadbir Sumber Manusia

  • Dashboard & Analitik

  • Onboarding

  • Profil Pegawai

  • Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan
  • Mobiliti

  • Pengurusan Penggantian

  • Pembangunan Kerjaya

  • Pengurusan Prestasi

  • Pementoran dan Bimbingan

  • Ganjaran dan Pengiktirafan

  • Pengurusan Rekod Pembelajaran

  • Analisis Keperluan Latihan

  • Pengurusan Psikologi

  • Kaunseling

  • Faedah dan Elaun

  • Tuntutan, Bayaran Pendahuluan & Pinjaman

  • Cuti

  • Persaraan

  • Peletakan Jawatan, Penamatan Perkhidmatan dan Pemecatan

  • Penetapan Data Organisasi
  • Penetapan Data Pegawai

  • Pentadbiran Tatatertib

  • Pengurusan Kehadiran

  • Pengurusan Gaji

  • Pengambilan dan Pemilihan

  • Pengurusan Penajaan Dalam Perkhidmatan

  • Pelaporan dan Analitik

  • Pengisthirayan secara atas talian