NOTIS PRIVASI

Notis Privasi myQuickHR Sdn Bhd (“Notis Privasi”)

Kami, myQuickHR Sdn Bhd sebagai pengguna data (selepas ini dirujuk sebagai “Kami” atau “myQuickHR”), adalah komited dalam memelihara kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi yang anda sebagai subjek data bekalkan kepada kami. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), tujuan Notis Privasi ini adalah untuk menerangkan cara kami menguruskan data peribadi anda dan pilihan-pilihan yang anda ada untuk mengakses atau mengehadkan akses kami terhadap data peribadi anda.

Perkataan “data peribadi” di dalam Notis Privasi ini hendaklah termasuk data peribadi individu-individu tertentu untuk tujuan melanggani perkhidmatan kami. Ini adalah termasuk dan tidak terhad kepada bekalan data peribadi ibu bapa, pasangan, anak-anak, atau waris kadim anda atau pekerja (jika berkenaan). Anda dikehendaki mendapatkan kebenaran individu-individu tersebut sebelum mendedahkan data peribadi mereka kepada kami untuk diproses dan dengan pendedahan sedemikian, kami akan menganggap bahawa anda berbuat demikian mengikut Akta.

1. Jenis-jenis data peribadi yang kami kumpulkan dan proses termasuklah maklumat-maklumat seperti di bawah:

· Nama atau nama syarikat
· Nombor kad pengenalan atau paspot atau pendaftaran syarikat atau bahan pengenalan yang lain
· Warganegara
· Butiran perhubungan seperti alamat, nombor telefon dan alamat e-mel
· Maklumat-maklumat mengenai perniagaan dan/atau pekerja-pekerja anda untuk menggunakan perkhidmatan kami
· Maklumat-maklumat yang kami terima daripada agensi-agensi pelaporan pengguna dan perniagaan
· Maklumat-maklumat mengenai perkhidmatan yang anda menggunakan dan daripada urus niaga anda dan interaksi lain dengan kami, ahli gabungan kami, dan lain-lain, termasuk rakan kongsi pemasaran kami dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga
· Maklumat-maklumat tambahan jika anda memilih untuk menggunakan atau mengambil bahagian dalam salah satu daripada pelbagai program penyelidikan dan pembangunan kami
· Maklumat-maklumat relevan bagi tujuan perniagaan kami yang sewajarnya diperlukan untuk atau berkaitan langsung dengan fungsi atau aktiviti kami; dan
· Maklumat-maklumat lain yang diperlukan agar kami boleh menyediakan perkhidmatan kepada anda.

Anda mungkin juga membekalkan data peribadi berhubung dengan komunikasi yang berkaitan dengan tanggungjawab anda untuk membayar yuran dan/atau maklum balas (termasuk aduan) berkaitan dengan perkhidmatan kami.

Melainkan dinyatakan sebaliknya, maklumat anda adalah diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan semua maklumat yang kami minta di sini atau menarik balik atau mengehadkan penggunaan data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memberikan anda perkhidmatan kami.

2. Kami mengumpul data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

· Untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan menyediakan perkhidmatan kami yang anda teleh melanggani
· Untuk berkomunikasi dengan anda
· Untuk membalas komen-komen atau pertanyaan anda, untuk menyelesaikan pertikaian, untuk menghubungi anda apabila perlu, berkaitan dengan perkhidmatan kami, bagi tujuan menangani masalah perkhidmatan kami dan untuk menguatkuasakan perjanjian-perjanjian kami dengan anda
· Untuk memberitahu anda tentang aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan kami
· Untuk menilai dan memungut yuran
· Untuk tujuan pentadbiran dalaman
· Melayan pertanyaan atau permohonan anda untuk mengakses data dan memudahkan operasi harian kami
· Menyiasat aduan, urus niaga dan penyelidikan untuk penambahbaikan perkhidmatan
· Untuk mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan atau sebagaimana yang dibenarkan oleh keperluan undang-undang atau peraturan di negara asal dan luar negara
· Untuk menguruskan risiko; dan/atau
· Untuk apa-apa tujuan lain sebagai sebahagian daripada transaksi perniagaan kami.

(Selanjutnya dirujuk sebagai "Tujuan-Tujuan")

Data peribadi yang dikumpulkan akan disimpan oleh kami selama tempoh yang dibenarkan/dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia, yang mana tempoh tersebut berkemungkinan akan dilanjutkan ke suatu tempoh lain selepas penamatan kontrak anda dengan kami.

3. Kami mengekalkan keselamatan data peribadi seperti berikut:

· Sistem kawalan keselamatan yang munasabah dan komersial untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda; dan
· Akses kepada data peribadi anda oleh kakitangan kami adalah berdasarkan keperluan yang perlu diketahui sahaja.

4. Kami tidak akan mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga, kecuali kepada pihak-pihak yang berikut bagi Tujuan-Tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas:

· Pegawai-pegawai, kakitangan, pembekal perkhidmatan dan ejen-ejen kami untuk tujuan yang berkaitan dengan langganan perkhidmatan kami
· Sebarang pembekal perkhidmatan, ejen atau kontraktor pihak ketiga yang telah dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan berhubung dengan perniagaan kami (contohnya berkaitan dengan penyimpanan dan pengurusan pangkalan data mereka, pengurusan lalu lintas laman web, aplikasi dan e-mel),sama ada di dalam atau di luar Malaysia tertakluk kepada kawalan keselamatan yang mencukupi terhadap data peribadi
· Mana-mana orang atau pihak berkuasa kerajaan yang kepadanya kami berkewajipan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, perintah mahkamah, kod amalan atau garis panduan yang mengikat kami termasuk tanpa had kepada, mana-mana pengawal selia, badan-badan kerajaan, atau badan-badan yang diiktiraf industri, dan jika sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang, sama ada di dalam atau luar negara; · Kepada pihak-pihak berkaitan yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia
· Sekiranya sebarang penggabungan, pemerolehan, penyusunan semula atau penjualan asset berlaku atau sekiranya syarikat digulungkan, kami juga mungkin menjual, memindahkan atau sebaliknya berkongsi sebahagian atau semua aset kami, yang mungkin termasuk maklumat peribadi anda.

Selain daripada entiti yang tersenarai, data peribadi anda tidak akan didedahkan oleh kami kepada mana-mana badan luaran lain melainkan kami mempunyai keizinan anda untuk berbuat demikian.

5. Hak-hak dan pilihan-pilihan anda

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda yang dipegang oleh kami.
· Anda mempunyai hak untuk meminta pembetulan dibuat terhadap data peribadi anda yang kami simpan sekiranya data tersebut tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini. Anda boleh berbuat demikian dengan menulis kepada kami menggunakan maklumat perhubungan di bawah, dengan membekalkan maklumat seperti yang berikut kepada kami:

(i) Nama; dan
(ii) No. Kad Pengenalan atau bahan pengenalan yang lain.

Maklumat di atas adalah bagi kami untuk menentukan identiti anda sebagai subjek data yang betul, oleh itu adalah tanggungjawab anda untuk menyimpan maklumat tersebut dengan selamat. Anda akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan yang diambil oleh kami sebagai tindak balas kepada permintaan seseorang menggunakan maklumat tersebut.

· Anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan kami atau mengehadkan hak kami untuk memproses data peribadi melalui notis secara bertulis kepada kami. Untuk mengelakkan keraguan, pengeluaran atau pembatasan tidak termasuk pemprosesan data peribadi mandatori.

Kami berhasrat untuk memastikan data peribadi anda dalam rekod kami tepat, lengkap dan terkini. Selaras dengan Akta, kami boleh menolak untuk mematuhi permintaan anda untuk akses atau pembetulan dalam keadaan tertentu seperti yang dinyatakan dalam Akta. Anda akan dimaklumkan tentang keengganan kami dan sebab di sebaliknya.

Kami juga berhak untuk mengenakan yuran pentadbiran yang munasabah untuk memenuhi permintaan anda. Kami akan memproses permintaan anda setelah pembayaran yuran pentadbiran dan / atau penerimaan permintaan anda dalam masa 21 hari.

6. Pindaan selanjutnya

Sebarang pindaan material kepada Notis Privasi ini akan diterbitkan di laman web kami (https://www.myquickhr.com/) atau apa-apa cara lain yang tersedia sebagaimana yang sesuai. Sekiranya anda terus melantik kami untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, anda akan dianggap telah menerima pindaan tersebut.

7. Maklumat Penghubungan

Jika anda ada sebarang aduan atau pertanyaan yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan data peribadi anda yang terkandung di sini, anda boleh menghubungi:

Jabatan Human Resource/Compliance
Alamat: Unit 15-08, Level 15, Tower B, The Vertical, Bangsar South No. 8, Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Alamat E-mel: jeevarajah@myquickhr.com
No. Telefon: 03 22424015

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau apa-apa yang tidak konsisten, Notis Privasi dalam bahasa Inggeris akan diguna pakai. Kami telah mengambil semua usaha yang mungkin untuk memastikan bahawa Notis Privasi ini adalah menyeluruh.

Dikeluarkan oleh, myQuickHR Sdn Bhd

Disemak pada 20 Ogos 2022